Monday 18 November 2013

Resepi Dessert: Caramel Yogurt Mareo

Sponsored Post Opportunity: NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge

Assalamualaikum and hai uolss!

Seminggu jugak lah tak update ape ape kan tup tup publish sponsored post lah pulak. Memandangkan entri resepi memang bagi tuah untuk blog aku dari dulu sampai sekarang, mana taknya hits untuk resepi resepi sebelum ni memang tinggi, so aku rasa terpanggil untuk publish entri ni. Eceh.

Tak mau tulis panjang panjang, meh aku kongsi kan resepi baru yang memang confirm tak pernah orang buat dan dijamin tak ada jual dekat mana mana kedai pastri ke kedai kek ke malah Secret Recipe!

 Caramel Yogurt Mareo


 Biskut Oreo

 Kurma Dibuang Biji

Penyediaan Masa Memasak: 20 minit
Jenis Resepi: Pencuci Mulut (Desserts)

Bahan bahan Utama: 

1) Nestle Natural Set Yogurt
2) Kurma 7 Biji (Dibuang Biji)
3) Biskut Oreo 5 Keping
4) Gula 2 Sudu
5) Telur 5 Biji
6) Essen Vanilla

 Langkah 1: Panaskan Gula


1) Panaskan 2 sudu gula di atas frying pan sehingga nampak keemas emasan dan sedikit pekat.

Langkah 2: Kisar Kurma, Telur, Essen Vanilla dan Nestle Natural Set Yogurt


1) Okay sementara korang panaskan gula tadi, korang boleh jimatkan masa dengan kisarkan bahan bahan yang lain seperti dalam gambar di atas.

2) Aku nak ingatkan, korang haruslah rasa terlebih dahulu bahan bahan yang dikisar tu dulu ye. Mana lah tahu kurang manis ke terlebih masam ke. Al maklumlah yogurt ni masam sikit hihi.

Langkah 3: Letakkan Di Dalam Acuan dan Kukus 10 minit


1) Masukkan sedikit gula yang dipanaskan tadi (Langkah 1) ke dalam acuan.


2) Masukkan Bahan bahan yang dikisar (Langkah 2) dan Biskut Oreo satu keping tanpa krim di setiap acuan. 

3) Aku gunakan bekas acuan yang kecil, jadi setiap acuan tu boleh muat satu keping biskut Oreo je. Kalau korang nak buat dalam bekas acuan yang besar pun tak jadi masalah. Lain orang lain taste kannn ^^,

4) Lepas tu, bila semua acuan dah diisi dengan bahan bahan tadi, korang perlu kukus dalam masa 10 minit sahaja.


Okay inilah Caramel Yogurt Mareo setelah dikukus. Kalau korang nak makan sejuk sejuk, boleh lah disimpan dalam fridge. Kalau yang dah tak sabar nak makan tu, boleh aja makan panas panas macam tu hehe. 


Sebab nak masuk contest punya pasal, usaha jugak hias resepi ni sehabis boleh haha. Tak nak kalah tuuu. Well kalau korang ingat, yang hitam di bahagian bawah sekali tu adalah biskut oreo dan topping nye adalah bahan bahan yang dikisar tadi.

Haa kan aku dah tulis awal awal tadi, memang tak akan ada resepi macam gini dekat kedai kedai ye. Tak akan. Memang tak akan. Memang tak ahh. Mana nak cari resepi mudah macam ni. Bahan bahan yang confirm murah dan ambil masa 20 minit je? Hanya di belogniakupunye.blogspot okayyy!


 Yang penting gunalah Nestle Natural Set Yogurt!

Bagi yang nak mencuba Natural Set Yogurt dari Nestle untuk masakan yang lain yang memang confirm tip top tu boleh ke sini ye: http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset


Thanks for reading ya!





No comments: