Tuesday, 8 October 2013

Sabah Trip: Rumah Terbalik (Upside Down House) , Ranau

Assalamualaikum!

So it was about 3 weeks since I came back for good to Kelantan from Sabah. Basically it was me and my sis family trip. Iols join sekaki la maknanye hehe. Sebenanya tak tahu nak mula dari mana sebab terlalu banyak tempat yang menarik yang kami sempat pergi kat Sabah. So I end up with Rumah Terbalik dulu lah ya hihi.

Rasanya dah ramai yang tahu Rumah Terbalik ni merupakan salah satu eyes catching bila kat Sabah. ye la ini satu satunya rumah yang diterbalikkan di Malaysia tahu. yang lagi bestnya Rumah Terbalik is listed in Malaysia Book of Records okay!

Tiket untuk orang dewasa adalah RM 10. Mahal lah jugak tapi worth it sebab first time kan dan rasanya tak mungkin nak terbang ke oversea nak masuk rumah terbalik huhu.

Sebelum korang dapat merasa masuk Rumah Terbalik ni, korang akan diiringi oleh seorang tour guide yang mana akan bagitahu apa yang patut dan patut buat dalam Rumah Terbalik tu nanti. Masa aku pergi itu hari, perempuan yang jadi tour guide. Siap pakai t-shirt tuck in dengan kain batik lagi. rugged kau kak! haha. 

Nak masuk bukan boleh sebarang masuk, salah seorang dari group kami kena volunteer untuk ketuk gong ni. walaupun dah biasa main ketuk ketuk gong masa latihan gamelan  sebelum ni tapi iols sedar iols segan hihi.

Dannn kene ketuk pintu sebelum masuk. adat lah kan pergi rumah orang kena ketuk pintu dulu. kalau tak jangan harap korang dapat masuk haha. akak ni pun volunteer herself buat buat tak malu.


Mesti korang pelik kenapa pulak ambil gambar kenang kenangan kat luar aje. kenapa tak selongkar dalam Rumah Terbalik tu kan. Nahhh sebabnya macam aku cakap tadi lah ni salah satu rules bila masuk Rumah Terbalik. diharomkan ambil gambar walau sekeping ke setengah keping ke sebab ada cctv. kalau tak korang kena denda berapa ribu entah. 


Kos buat Rumah Terbalik ni adalah RM 500 ribu. ye lah mana tak mahal nya semua benda nak terbaik dalam rumah tu. benda dari sekecik kecik cicak sampai lah sebesar besar katil. yang paling menariknya suasana dalam rumah tu seakan akan hidup. kau bayangkan eh siap ada tempat sental baju yang orang dulu dulu guna tu yang kainnya elok basah dalam baldi. lepas tu makanan yang ada dalam peti ais tu memang superb lah. 


Kat sini bukan sahaja ada Rumah Terbalik tapi semua yang ada dalam kawasan ni semuanya diorang terbalikkan. melainkan kedai cenderahati dan cafe lah. kalau tak acano  korang nak makan minum ye dok haha. so ini kereta yang berjaya diterbalikkan. tapi bukannya ada enjin semua tu. cuma rangka kereta dan teddy bear penuh satu kereta. aku syak mesti tuan kereta ni pompuan! 


Untuk menambahkan lagi awesome nya percutian korang di Rumah Terbalik ni disamping tiket yang mahal, korang wajib ok wajib ambil gambar sepam dua di sini. Tandas Terbalik hoi! memang kreatif ala ala tak kenal erti kotor sapa punya idea ni haha.


Hurmm memang tak sah la kalau rumah orang dulu dulu tak ada taman. taman bunga ke taman permainan ke. ehh? haa ini dia taman terbalik. terbaik!!! bunga yang ada pun bunga orked kalau tak silap aku. entah lah aku bukan nya reti sangat pasal bunga bunga ni. memang orked lah rasanya. tapi plastik la. itu confirm!


Memang rugi lah sape yang datang Sabah tapi tak singgah Rumah Terbalik ni. bila lagi korang nak rasa dunia terbalik kalau tak kat sini. ini tak berangan sampai terbalik katil ada la hihi. ok lah next entry aku update pulak pasal umm pasal macam macam lah. tak pikir lagi "______"



thanx for reading ya!


3 comments:

Zul Fattah said...

haha.. gile r.. smapi pasu bunga pun terbalik.. mcam mana la pokok tu nk hdup.. ni mesti otak terbalik ni..

Ain Syazana said...

Haha tu la fatah. Otak aku pn terbalik mikir gano dyo buat haha. Tp seriesly kalu g sabah kene masuk sini hehe

Ain Syazana said...
This comment has been removed by the author.