Monday, 28 October 2013

Sabah Trip: Perempuan dan Mutiara (Tips Beli Mutiara Ori)

Assalamualaikum and evening alls!

Tetiba terfikir kenapa orang putih ni suka buat kita pening ha. Sekarang kan malam langit dah gelap bulan pun dari tadi muncul tapi kenapa nak jugak cakap evening? Kenapa tak cakap good night je? Dan dan maksud dia selamat malam kannnn? Kenapa kenapa kenapa?

Ahh sudah aku ni. Memang kepala otak kurang betol semenjak duduk goyang kaki aje kat rumah. Haih laaa.

Anyway I am Ain Syazana your super talented host for today Jalan Jalan Cari Mutiara programmmmmm!


Sabah memang lah tak boleh nak lari dari mutiara sebagai tourist eyes catching. Tak kesah orang Malaysia ke luar Malaysia ke datang sini wajib cari mutiara. Dah kenapa engko? Sebab murah lah der. Bagi aku sendiri mutiara kat sini bukan murah tapi habes murah tahu tak? Jadi memang rugi tahap nangis air mata kucing lah kalau datang sini tapi simpan duit takmo beli mutiara. 


Kalau sebut pasal mutiara ni pulak mesti ramai terbayangkan rantai mutiara aje. Tak pun mutiara nan sebijik tu kan. Nak nak kaum adam nih. Dorang ape tahu haha. Tapi zaman sekarang memang tak ah nak ada rantai mutiara je. Semua jenis accessories pun dorang buat dengan mutiara okay. Dari gelang, rantai, tasbih, jam pun ada tau!

Gambar kat atas ni adalah kerongsang mutiara. In case korang tak cam la hee. Satu set RM 5 je. Murah. Lagi rasa berbaloi sebab semua ni made by original mutiara. Alahai kenapa goda aku sampai macam ni sekali haa?


Bagi gelang mutiara pulak, macam macam saiz yang korang akan jumpa. Dari yang baby sampai lah nenek moyang baby punya saiz. Tapi kalau tak ada jugak saiz yang berkenan atau pun saiz ngam tapi tak berkenan lah pulak design nya, korang boleh request untuk potong sikit gelang tu bagi ia nampak cantik di tangan dan make sure perempuan lain jeles tahap tak boleh blah dengan korang bhahaha. 


Okay biasanya kalau nak beli mutiara yang murah ni korang boleh beli di pasar betol betol dekat Pasar Philiphino. Tapi jangan beli dalam Pasar Philiphino pulak ye! Jangan okay jangan! Mahal tahu dak. Ini top secret antara tourist hihi. Pasar yang jual mutiara murah murah ni pulak akan buka waktu malam. Mesti korang curious giler kan adakah mutiara kat pasar malam tu ori? Nama pun pasar malam takkan ori kot? Eh mesti tak kan kan kan? Hurmm inilah masanya korang boleh habiskan duit beli mutiara di pasar malam tanpa ragu ragu sebab kebanyakan mutiara nya ORIGINAL? Camane nak tahu? Okay jap lagi aku reveal ye.



Semua ni untuk diri sendiri. Tak kurang tak lebih. Sebab bagi aku, perempuan, memang wajib guna semua jenis barang ni. Nak pergi kerja ke pergi kelas ke memang wajib guna kan. Dan macam yang aku tulis kat atas tu, kat sini tak terhad pada jewelleries untuk perempuan sahaja. Kaum laki pun boleh shopping mutiara jugak. 


Selain dari tasbih, lelaki boleh shopping butang baju melayu tau. Boleh la buat pergi mesjid tak pun buat raya kannnn hee. 


Aku memang suka mutiara. Nak nak sejak baca english literature 'The Pearl' masa Form 5 dulu haha. Lagipun mutiara ni aku tengok putih suci aje. Hah memang kena lah dengan colour favourite aku kan.  Yang mutiara sebijik macam ni aku beli satu untuk Ma dan satu untuk aku. Boleh lah letak kat rantai lepas nih hihi.




Hidup berkawan ni mana boleh lupa kawan kan. Pergi mana aje mesti kena wajib ingat tau. Tak kesah lah kawan jauh ke dekat ke. Kawan media sosial ke kawan makan kawan ke. Upsss! So disebabkan kawan kawan rapat aku semua nya kaum hawa, aku belikan gelang mutiara sorang satu. Dah jangan nak gaduh gaduh pulak lepas ni haha. 


Mutiara ni banyak jenis warna. Yang aku beli ni warna putih dan dark silver. Ada jugak warna peach. Memang cantik dan rambang mata habaq hang! Tapi tu lah kena cari yang betol betol puas hati dan yang penting murah dan ori.

Okay meh sini aku kongsi camane nak dapatkan mutiara ori.

1) Kalau mutiara yang menggerutu sikit tu confirm mutiara ori. Tapi ia hanyalah dari air tawar. Sebab tu tak licin mana. Bagi sesetengah orang nak saving, mereka akan beli yang ini.

2) Nak dapatkan yang licin dan cantik berkilau pulak, korang kena spent duit lebih sebab mutiara ori dari air masin ni mahal sikit. Sikit aje la. Jangan risau. Tapi yang korang perlu risau adalah jangan pulak terbeli mutiara palsu ataupun orang kata manik.

3) Dan mutiara ori ni lebih berat dari yang palsu. Cuba cubalah bandingkan mutiara kat tangan kalau nak beli tu ye. 

4) Mak cik dan akak yang menjual mutiara ni biasanya akan bagitahu korang awal awal yang mana ori dan tak. Jadi jangan nak gelabah sangat lah okay? Tapi korang boleh jugak kalau nak berlagak macam wartawan majalah 3 tanya itu ini. Bukan apa untuk tambah pengetahuan korang jugak kan hehe.


Ini je lah yang dapat aku kongsi tentang mutiara di Sabah. Kalau nak tahu lagi pasal Sabah tunggu next update ye. Dan kalau yang malas nak tunggu tu jemput baca first update tentang Sabah di Sabah Trip: Rumah Terbalik (Upside Down House), Ranau.



Thank for reading ya!


16 comments:

Cik Yaya said...

salam.. =)

ambo bnykknye bli..borong utk dri sdri?ke utk djual?hehe

cntik la tasbih tu..^_^

hai,yaya singgh dari blog cik aisya..dtg terjah sni smbil folw..slmt bknlan dan salam maal hjrah =)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

salam kenal.. akak singgah dari blog aisya.. cantiknya semua mutiara.. akak memang suka pakai aksesori berasaskan mutiara dan kristal..

fyezrahman said...

yeah, next week nak pergi sabah..xsabarnya nak shopping mutiara! hihi

aswadz said...

bole la aku beli mutiara ori time aku gi sabah nnt.

Ain Syazana said...

Cik Yaya: hehe beli untuk diri sendiri je awk. x mampu lagi nak jual2 ni hee. btw thanx singgah sini n follow. i'll follow u back k! :)

Ain Syazana said...

Mizz Aiza (Dunia Kecil): yeay sep2 skit akak. sy pun suke mutiara ni hehe. tq singgah sini :D

Ain Syazana said...

fyezrahman: yeahh jgn lupa beli yg ori taw hehe. memang berbaloi baloi hihi. tq blogwalking sini. tunggu kedatangan sy kt blog awk plak ye hehe

Ain Syazana said...

aswadz: yup beli jgn x beli taw hehe. rugi kalo g sabah tp x beli mutiara ni huhu. tq dtg singgah sini ye :D

Akeyla Azmi said...

nak satu boleh dak? hehehehhe

Cik Mun said...

cantik~

Ain Syazana said...

Akeyla Azmi: hehe boleh2. tapi jauhhhh sangat :D

Ain Syazana said...

Cik Mun: memang cantik2 kan. rambang betol mata bila kat sana hee :)

Anonymous said...

You are so awesome! I don't suppose I have read a single thing like that before.
So good to find someone with some unique thoughts
on this topic. Seriously.. thanks for starting this up.

This site is one thing that is needed on the web, someone
with a little originality!

Here is my web-site; generateur de carte bancaire 2014

Sachi Maru said...

kt pasar mne nk bli tu

Sachi Maru said...

kt pasar mne nk bli tu

Ain Syazana said...

sachi maru: dekat area pasar kraf tu jugak cume ade malam je. mcm pasar malam kat sana la. boleh jln kaki je dari pasar kraf. kalau pegi sane tanye je org sane confirm diorang tunjukkan hehe