Thursday, 24 January 2013

resepi triffle mudah 14 minit 28 saat!

Assalamualaikum

aci tak buat entri resepi tengah tengah malam buta? hihik. kalau nak ikot jari jemari mulus nih, memang idok lah nak update kat belog kan. tapi terpikir jugak nak share sesomething dekat korang. hurmmm jadi tengah malam pun tengah malam laa. janji tak de la kena vakuum level namblas belog neh +___+

alkisahnya, semalam ada pekena resepi triffle. alah konpem sangat ramai yang dah cuba kan. aku nih baru menapak kat rumah terus gatal tangan nak buat. ewwww pelis lah! oke dah tak de mood nak taip panjang panjang. jom aku ajar korang! (tangan ke bahu mata ke atas)



bahan bahan:

1. tepung kastard
2. kristal jeli
3. susu cair 1 tin
4. buah campur (optional, kalau korang nak letak topping lain pun boleh)
5. air dan gula, ikut korang punye calory's level  ^^,


cara cara (3 layer, dari atas, jeli, kastard dan kek)


(Jeli)


1. macam biasa, masakkan jeli dengan air
2. kacau, kacau dan kacau

(Kastard)


1. korang masukkan susu cair 1 tin bersama air (sukat ikut tin susu tadi)
2. kemudian campur dengan tepung kastard
3. tambahkan gula sesedap rasa, kacau mereka mereka ini sampai sebati

(Kek)

1. okey, senang cerita kami hanya gunakan London Swiss Roll. tak kisah flavour ape pun :)
2. kek disusun di bahagian paling bawah bekas


macam gini

okey, sekarang bila semua bahan bahan di atas dah siap, kita hanya perlu masukkan ke dalam bekas bekas yang tersedia dengan kek tersebutttt.



haa ini yang optional aku bagitahu tadi. sesetengah orang tak nak bubuh buah. but yaa its depend on your creativity. nak nampak lagi colourful, aku tambah ceri merah hijau hihik


last step! lapiskan dengan jeli dan sejukkan ke dalam fridge (sampai tahap sejuk gigi korang boleh tahan)


yeayyy my homemade triffles are ready!!!

thank you for spent some time :)


thanx for reading!

6 comments:

Samprit Ungu said...

wow.. mcm menarik.. bleh cuba lps nie... hehe

Ain Syazana said...

menarik tuh depends on u. tapi memang sodappp makan tengah2 panas hehe

Akeyla Azmi said...

akak qila dah bookmark :D <3

Ain Syazana said...

Akeyla Azmi: hee thank youuu. nanti buat taw triffle ni. confirm puas hati hehe

Anonymous said...

Tepung kastard tu nak letak berape banyak?

Ain Syazana said...

maaf sangat2 sebab x notice comment awak huhu.

ok tepung kastard tu awak anggarkan je untuk berapa triffle yg awk nk buat. contoh kalau 5 bekas kecik2 camni boleh gune 1 cawan tepung kastard. somehow sesetengah org suke letak kastard byk2.

cume make sure masa masak kastard tu biar ia likat dan berkilat camtu.

harap membantu :)